Wednesday, June 18, 2008

Munafik

Nak tukar bahasa sikit untuk kali ni.. (kucing dah bertanduk ka?)

Suatu maghrib, aku tgh baca Al-Quran dgn kakunya. Tiba-tiba, tak tau kenapa aku tergerak hati nak tulis ayat-ayat ni kat blog ni (yg mmg tak pernah ada yg baca)..

"..Sesungguhnya orang munafik itu hendak menipu Allah, tetapi Allah yang menipu mereka. Apabila mereka hendak berdiri untuk solat, mereka melakukan dengan malas. Mereka bermaksud untuk ria' (ingin dipuji) di hadapan manusia. Dan mereka tidak mengingat Allah kecuali sedikit sekali.." (Surah An-Nisa: 142)

"..Mereka dalam keadaan ragu antara yang demikian (iman atau kafir) tidak termasuk golongan ini (orang beriman) & tidak (pula) golongan itu (orang kafir). Barang siapa yang dibiarkan sesat oleh Allah, maka kamu tidak akan mendapatkan jalan (untuk memberi petunjuk) baginya.." (Surah An-Nisa: 143)

Aku rasa aku termasuk dalam golongan ni. Mau taknya, aku boleh pikir Islam tu dah ajar yang sesuai dgn naluri, & akui juga ajaran selain Islam itu menyimpang jauh..Tapi aku sendiri susah bukan main kalau nak kata slm kat sesama muslim (itu yg plg mudah).. Tambah lagi kuat ayat pertama aku ni bila aku ikut kawan aku ke satu pengajian ni.. kata guru tu,

"Kalau kamu nak lakukan suatu ibadah atau aktiviti, jgn fikir, 'aku takut org lain kata aku ria'..', sebenarnya pemikiran itu sendiri dah tunjuk bahawa kamu melakukannya untuk manusia bukan untuk Allah.."

Huh?

Aku rasa Islam sebenarnya bukan ajar umat untuk jadi bebetul ekstrim (terserah la pada semua macam mana), tak mungkin juga kita boleh jadi malaikat yg tidak ada nafsu (mungkin jadi schizoid? - org ni tak suka dengan kegembiraan & lebih suka menyendiri. walaupun termasuk golongan masalah mental, tapi org ni tak membahayakan orang awam mcm org amuk).. Apa yg aku dapat, Islam ajar umatnya untuk bebas, tapi kawal nafsunya.

No comments:

Post a Comment